fbpx

Tugas Arsenal hampir selesai – Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE (kanan) membuka tirai jaringan buat Arsenal menewaskan Dinamo 3-0 awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Arsenal sudah boleh menarik nafas lega apabila hampir pasti untuk melangkah automatik ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menang 3-0 ke atas Dinamo Zagreb di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Tiga gol menerusi Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard menyaksikan The Gunners berada di tangga ketiga saingan dengan berbaki satu perlawanan sahaja lagi menentang Girona pada 30 Januari ini.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sudah boleh berkira-kira untuk membuat percaturan bagi menghadapi pusingan kalah mati nanti selepas menganggap tugas mereka sudah hampir selesai.

“Saya sangat gembira kerana tugas kami sudah hampir selesai. Bagaimanapun, kami masih ada satu lagi perlawanan dan ia perlu diselesaikan bagi mencapai apa yang disasarkan pada musim ini.

“Pada perlawanan hari ini (semalam), kami memiliki banyak peluang tetapi gagal untuk memanfaatkannya. Apa yang penting adalah kami berjaya melaksanakan tugas dengan baik selain tidak melepaskan sebarang gol,” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu turut menyifatkan pemain-pemainnya berjaya menampilkan aksi cukup konsisten dalam semua pertandingan dan beliau mengharapkan prestasi seperti itu dapat dikekalkan.

“Kemenangan ini membuktikan kami sangat konsisten, tidak kira bertemu dengan pasukan mana sekali pun. Saya harap kami boleh menutup saingan (liga) UCL dengan aksi sempurna menentang Girona nanti,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI