fbpx

Chelsea bakal pecah rekod termahal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIRMA (tengah) bakal menyertai Chelsea daripada San Diego Wave dengan yuran perpindahan dunia bagi pemain wanita. - AFP

LONDON – Chelsea telah mencapai persetujuan dengan tonggak pertahanan Amerika Syarikat (AS), Naomi Girma dan bakal menjadi rekod perpindahan termahal dunia bagi pemain bola sepak wanita.

Jumlahnya dikatakan £900,000 (RM4.91 juta), sekali gus mengatasi rekod lama dibayar kelab AS, Bay FC membeli penyerang Zambia, Racheal Kundananji berjumlah £685,000 (RM3.74 juta) pada Februari tahun lalu.

Difahamkan, Girma yang dianggap salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini lebih cenderung menyertai Chelsea berbanding juara Eropah lapan kali, Lyon.

Kehadiran pemain berusia 24 tahun itu memberikan kelegaan kepada pengurus Chelsea, Sonia Bompastor selepas hilang bek tengah berpengaruh, Kadeisha Buchanan kerana anterior cruciate ligament (ACL).

Bintang San Diego Wave itu adalah tunjang utama skuad wanita AS yang mara pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2023 sebelum meraih pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.

Chelsea ketika ini menerajui carta Liga Super Wanita (WSL) dengan kelebihan enam mata ke atas Arsenal di tangga kedua selain turut berjaya melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Wanita Eropah.

Sebagai rekod, Chelsea sebelum ini pernah membeli penyerang Mayra Ramirez dari Levante pada Januari tahun lalu dengan rekod perpindahan termahal British iaitu £384,000 (RM2.09 juta) beserta tambahan bonus berjumlah £42,600 (RM232,807). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI