fbpx

Lawatan selesai, kini tunggu pelabur baharu – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lawatan kerja beliau ke empat negara telah selesai.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kini rakyat dan negara menanti kehadiran para pelabur baharu hasil daripada misi penting tersebut.

“Berlabuhlah tirai lawatan kerja ke empat negara usai selesai program yang dihadiri saya dan delegasi di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

“Misi penting membawa suara Malaysia bagi meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala terus digenggam seerat-eratnya.

“Kini, rakyat dan negara menanti kehadiran para pelabur baharu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, pelabur sedia ada juga perlu terus diperhebatkan untuk sama-sama menjulang kemajuan negara ke tahap yang lebih baik.

Beliau berharap Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan terus memainkan peranan dan jambatan kepada pertumbuhan ekonomi dan kebersamaan keharmonian.

Dalam hantaran berasingan, Anwar berkata, beliau bersyukur kerana kehadiran Malaysia mendapat layanan dan pengiktirafan WEF 2025.

Menurutnya, WEF mempertemukan pimpinan negara secara formal dan juga santai menerusi mesyurat dua hala, sela-sela, sidang utama dan lain-lain.

“Pastinya memberi impak positif dan pengalaman berguna untuk dibawa pulang.

“Sektor pendidikan, pelaburan, perdagangan, kecerdasan buatan, tenaga, digital antara yang bakal meraih sinergi secara langsung dan pulangan lumayan selain hubungan bilateral dan kerjasama dengan pihak berkaitan terus diperkuatkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI