fbpx

City dituduh pujuk pemain batal kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAH (kanan) didakwa telah memaklumkan hasratnya kepada Valladolid untuk membatalkan kontraknya dengan niat untuk menyertai City.

VALLADOLID – Kelab La Liga, Real Valladolid mendakwa Manchester City menggunakan taktik kotor dalam cubaan memujuk salah seorang bintang masa depan kelab itu.

Pertahanan muda berusia 18 tahun, Juma Bah dikatakan mahu membatalkan kontraknya bersama Valladolid bagi membolehkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membelinya dengan harga yang lebih rendah.

City sebelum ini telah mengemukakan pertanyaan kepada Valladolid berhubung proses rundingan untuk mendapatkan pemain Sierra Leone itu.

Seakan termakan pujukan, Bah mula bersikap tidak profesional apabila ponteng latihan dan Persatuan Bola Sepak Sepanyol juga telah mengesahkan dia telah meletakkan sejumlah deposit untuk menamatkan kontraknya.

Valladolid dalam satu kenyataan meluahkan kekesalan terhadap tindakan pemain itu yang didakwa ‘dipengaruhi oleh City dan ejennya’.

“Kelab mempertimbangkan bahawa City terlibat di belakang keputusan pemain (Bah) dan menasihati pemain untuk mengambil langkah ini,” menurut kenyataan itu.

Bah menyertai Valladolid meneruskan pinjaman semusim daripada kelab Sierra Leone, AIK Freetong pada Julai lalu sebelum pasukan Sepanyol itu mengaktifkan klausanya bulan ini untuk perpindahan secara tetap.

Memandangkan Bah di bawah kontrak remaja kerana berumur 18 tahun, dia boleh menolak perjanjian tetap itu menyebabkan Valladolid sedia mengambil tindakan undang-undang bagi memelihara reputasi dan imej kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI