fbpx

Madad ceburi bisnes pembuatan, jualan jam dinding Islamik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Yaakub menunjukkan jam dinding Islamik terbaharu yang memiliki rekaan eksklusif mengikut cita rasa pelanggan.

SUNGAI PETANI – Madad International Sdn. Bhd. (Madad) melancarkan jam dinding Islamik melalui kerjasamanya dengan Promas Sdn. Bhd., sebuah syarikat berpengalaman lebih 19 tahun dalam membekalkan jam azan kepada masjid dan surau di seluruh negara.

Melalui penceburan syarikat dalam portfolio perniagaan baharu itu, Madad telah membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk pusat pengeluaran jam dinding tersebut termasuk pembelian mesin dan peralatan lain untuk melancarkan pengoperasian bisnesnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yaakub Yusra berkata, buat permulaan syarikat telah memasarkan 1,000 jam dinding yang dilengkapi dengan waktu solat dan azan serta beberapa ciri-ciri unik yang lain di pasaran.

“Sebahagian besar daripada jam tersebut telah ditempah dan kami kini dalam proses untuk menyiapkan 5,000 lagi jam dinding secara berperingkat untuk memenuhi keperluan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran jam dinding berkenaan di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, jam yang bersaiz lebih kompak itu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri serta pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memastikan waktu solat yang dipaparkan adalah tepat.

Antara ciri-ciri utama jam tersebut adalah peringatan sebelum azan yang mana bacaan surah dimainkan 10 minit sebelum waktu solat bagi memberikan pengguna masa untuk bersedia.

Terdapat zikir harian yang akan dimainkan untuk membantu pengguna sentiasa mengingati Allah SWT.

Selain itu, ia juga memberi ruang kepada pelanggan untuk menukar latar belakang gambar mengikut cita rasa masing-ma­sing.

“Sempena pelancaran, enam rekaan eksklusif ditawarkan, termasuk imej Masjid Nabawi dan Masjidilharam,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI