fbpx

Skuad boling negara terima durian runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (jaket putih) memberikan insentif khas kepada skuad boling negara dalam satu majlis.

MAJLIS Sukan Negara (MSN) telah menyalurkan insentif khas berjumlah RM90,000 kepada skuad boling negara sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang pada Piala Dunia Boling Antarabangsa (IBF) di Hong Kong, awal bulan ini.

Meskipun kejohanan itu pada asalnya tidak disenaraikan dalam Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), namun insentif khas tersebut menjadi penghormatan kepada usaha keras atlet-atlet negara.

Penyerahan insentif dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu majlis berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.

Ratu boling, Natasha Roslan yang mencipta sejarah menjadi atlet pertama negara menjuarai individu wanita di Kejohanan Piala Dunia IBF, menerima insentif sebanyak RM20,000 atas kejayaan tersebut.

Pasukan lelaki terdiri daripada Muhamad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol, Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam dan Timmy Tan turut membawa pulang RM40,000 selepas menjuarai acara berpasukan lelaki.

Bagi pencapaian naib juara individu lelaki, Muhamad Rafiq diberikan ganjaran tambahan sebanyak RM10,000, manakala Natasha, Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Gillian Lim yang muncul naib juara berpasukan wanita, menerima insentif berjumlah RM20,000.

Pencapaian luar biasa itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia, tetapi turut membuktikan sukan boling negara terus berada dalam kelas tersendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN