fbpx

Jojo optimis tumbangkan Estupinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN (kiri) segak mengenakan pakaian baju melayu sewaktu sidang akhbar di Impact Arena hari ini. - IG JOHAN GHAZALI

JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar melaungkan keyakinan untuk menewaskan petarung Colombia, Johan Estupinan menjelang pertarungan ONE 170 di Impact Arena Bangkok, Thailand esok.

Petarung yang lebih terkenal dengan panggilan Jojo itu langsung tidak gerun dengan rekod bersih lawannya yang masih belum tewas dalam sebarang pertarungan pada saingan ONE Championship.

Meskipun mengakui Estupinan memiliki kelebihan dari segi kepantasan dan kekuatan, namun Johan percaya dia tidak akan kalah dalam pertarungan itu berdasarkan kemampuan dimilikinya.

“Estupinan memang pantas tetapi ia dapat dikalahkan dengan timing yang betul. Faktor ketepatan juga mampu menewaskan kekuatan. Estupinan juga sering terkena pukulan dalam setiap pertarungan.

“Saya tidak akan menjadi orang yang kalah knockout (KO) pada pertarungan itu nanti,” kata bintang berusia 19 tahun itu yang lengkap berbaju melayu pada sidang media hari ini.

Pada aksi terdahulu, Johan bangkit daripada kekalahan kepada Nguyen Tran Duy Nhat dari Vietnam dengan menewaskan wakil Mexico, Josue Cruz menerusi keputusan KO pada ONE 168 di Ball Arena Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) September tahun lalu.

Kemenangan ke atas Cruz melonjakkan reputasi Johan dan melebarkan rekodnya kepada 6-1, malah membolehkan dia membawa pulang bonus prestasi berjumlah AS$50,000 (RM222,000).

Menjelang pertarungan menentang Estupinan, cabaran Johan bukanlah satu cabaran mudah memandangkan petarung yang memiliki gelaran ‘Panda Kick’ itu memiliki rekod sempurna 25-0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI