fbpx

Suspek bakar rumah pernah mengadu dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kiri) melihat tiga motosikal yang dibakar suspek di halaman rumahnya di Kampung Pisang di Kupang, Baling.

BALING – Suspek kes bakar sembilan rumah di Kupang, di sini pernah mengadu dia dipukul ketika bekerja di sebuah kilang getah beberapa tahun lalu.

Bekas pekerja kilang getah, Mazlan Saad @ Abu Bakar, 50, berkata, suspek seorang yang lurus, sangat rajin bekerja dan tidak menafikan dia pernah mengadu dipukul di tempat kerja suatu ketika dahulu.

“Ketika itu dia datang mengadu kepada saya dia dipukul oleh pekerja kilang lain, sebagai rakan sekampung saya cuba menyelesaikannya dengan cara baik.

“Hanya sekali sahaja dia mengadu, saya tidak tahu dia sering dibuli ketika berada di tempat kerja, saya memang mengaku dia seorang yang rajin, tetapi jika dituduh saya antara pembuli tersebut, itu tidak betul kerana saya hanya pekerja kontrak dan dia adalah staf tetap. Saya tidak boleh beri arahan kecuali penyelia dia sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung Pisang, di sini hari ini.

Menurutnya, dia hairan kerana tiga motosikal miliknya dan ahli keluarga dipercayai dibakar suspek pada 24 Disember tahun lalu dan sebahagian kecil rumah kedai milik orang tuanya turut terbakar sedangkan dia tidak pernah membuli suspek.

Katanya, suspek juga sering menyapanya dengan baik apabila berjumpa di kampung dan mereka tiada masalah di tempat kerja.

Mazlan berkata, dia telah berhenti kerja enam tahun lalu, manakala suspek pula berhenti kerja dua tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI