JOHOR BAHRU – Seorang tukang urut sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua beradik perempuan di sebuah rumah di Felda Taib Andak, Kulai bulan ini.
Tertuduh, A. Nasir Abdul Karim, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
A. Nasir dituduh mencabul mangsa berusia lapan dan enam tahun yang juga anak asuhan isterinya pada bulan ini.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam Syufri A. Samad.
Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan. – KOSMO! ONLINE