fbpx

‘Doktor cakap mungkin Timi stres…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Mohd Noor Helmy bersama Timi yang dikongsikan di Facebook miliknya.

PETALING JAYA – “Doktor cakap mungkin Timi stres. Jadi sebagai ‘bibik’, kita bawaklah majikan naik kereta tengok lampu.”

Itu perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abd. Halem mengenai haiwan peliharaannya, seekor kucing bernama Timi.

Menerusi hantarannya di media sosial, beliau turut memuat naik gambar dirinya sedang memangku Timi di dalam sebuah kereta untuk dibawa bersiar-siar.

“Kalau ‘bibik’ yang stres, macam mana pula ya doktor?,” selorohnya lagi.

Orang ramai rata-rata terhibur dengan perkongsiannya itu malah tidak kurang yang turut meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ dengan spesis berkenaan.

“Makan orang hulur, berak orang kaut, macam mana dia boleh stres. Stres betul jadi ‘bibik’ macam ni,” komen seorang pengguna.

“Sudah, satu kerja tambah dekat ‘bibik’. Kena hilangkn stres Timi,” ujar Mariate Ibrahim.

“Timi nak makan naan ayam tandoori. Ada pula bawa tengok lampu,” celah seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI