fbpx

Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik mula temui rentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (depan) dan Wooi Yik mula kembali ke prestasi sebenar ketika mara ke suku akhir Indonesia Masters. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran pemain-pemain negara ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta.

Pada aksi pusingan kedua di Istora Senayan hari ini, bekas juara dunia itu tidak berdepan banyak masalah ketika menang 21-16, 21-16 ke atas beregu Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kai Wei.

Aksi ditampilkan Aaron-Wooi Yik mendapat perhatian Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang menyifatkan mereka mula menemui sentuhan sebenar.

“Kalau kita lihat selepas Sukan Olimpik Paris 2024, beberapa pasangan utama dunia termasuk Aaron-Wooi Yik bergelut dan mencari rentak permainan mereka.

“Bagaimanapun, sekarang saya lihat Aaron-Wooi Yik sudah secara perlahan-lahan menemui rentak permainan sebenar dan saya harap mereka mempamerkan aksi lebih baik,” katanya.

Menjelang aksi suku akhir esok, pasangan No.5 dunia itu dijangka berdepan laluan sukar apabila dijadualkan menentang beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho.

Turut melangkah ke suku akhir adalah tiga beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah turut mengesahkan kemaraan ke suku akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI