fbpx

‘Saya dating untuk kahwin’ – Wanna Ali sah bakal bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANNA Ali sedang menghitung hari menamatkan zaman bujangnya.

PETALING JAYA – Pelakon Wanna Ali mendedahkan bakal bertukar status sebagai isteri dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, Wanna atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd Ali, 28, enggan berkongsi secara terperinci mengenai hari bahagianya termasuk merahsiakan identiti bakal suami.

“Ya, Alhamdulillah sekarang ini saya sedang bahagia.

“Soal bakal berkahwin dalam masa terdekat, saya hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan.

Sememangnya saya mahu kahwin sebab saya ini jenis yang ‘dating’ (bercinta) untuk berkahwin,” katanya.

Selain itu, pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz itu memaklumkan bakal suaminya memenuhi ciri-ciri yang diminati sekali gus merupakan calon paling tepat dijadikan teman sehidup semati.

“Dia seorang yang sangat baik, bercita-cita tinggi dan dia adalah definisi lelaki sebenar.

Dia juga adalah lelaki tradisional yang saya cari selama ini dan maskulin. Sangat sempurna di mata saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, timbul desas-desus Wanna bakal mendirikan rumah tangga pada Februari ini.

Wanna juga pernah mencetuskan kontroversi apabila dikecam netizen selepas memuat naik foto bersama Fattah Amin dalam media sosial tidak lama selepas aktor itu bercerai.

Dia memuat naik gambar di set penggambaran drama Lelaki Melayu Terakhir bagi mempromosikan drama berkenaan hanya selepas beberapa jam Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI