fbpx

‘Sekarang Amir dah 3 tahun, saya sedia hamil anak kedua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira dan suami juga tidak menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan kerana percaya kepada aturan rezeki. - Foto IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Tidak menolak untuk hamil lagi, pelakon Mira Filzah mengakui sudah bersedia andai dikurniakan rezeki menimang cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya, Wan Khair Amir, kini sudah berusia tiga tahun.

Menurut Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, dia dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar, merancang untuk menjarakkan kehamilan sebelum ini bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada anak sulung mereka.

“Sekarang Amir dah tiga tahun, jadi kami sudah bersedia. Tapi kami hanya ‘go with the flow’. Saya pun berharap ada rezeki anak kedua selepas ini.

“Dahulu, memang kami tak mahu tergesa-gesa waktu Amir masih kecil dulu sebab mahu tumpahkan kasih sayang sepenuhnya pada dia dulu.

“Tapi kalau ada rezeki sekarang, kami terima dengan hati terbuka,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon filem Sangkar itu, dia dan suami juga tidak menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan kerana percaya kepada aturan rezeki.

“Untuk bayi kedua, kami ada rancang masa yang sesuai. Tapi, bukanlah merancang secara ketat atau terlalu terperinci.

“Kami tak ambil apa-apa langkah pencegahan. Kalau rezeki datang cepat atau lambat, kami tetap bersyukur,” ujarnya.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Emir pada September 2020 dan pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir pada tahun 2021.

Dalam perkembangan lain, Mira menjadi pelakon utama dalam drama bersiri Gadis Masa terbitan Viu Originals yang mula ditayangkan pada 23 Januari ini.

Selain Mira, barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Sherry Ibrahim, Tracie Sinidol, Bella Dowanna, Fadlan Hazim dan Nadia Aqilah turut membintangi drama tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI