fbpx

Guru didakwa peluk, cium murid 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG guru lelaki berdepan pertuduhan memeluk dan mencium murid sekolah rendah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap murid perempuan di sebuah sekolah di Pasir Gudang, di sini awal bulan ini.

Tertuduh, Aaron Wong Cheng Wen, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual ke atas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan cara memeluk badan dan mencium pipi kanan dan kirinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 10.30 pagi di dalam bilik stor, kelas reka bentuk dan teknologi, di dalam sekolah tersebut, 1 Januari ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan guru sekolah itu diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan, melapor diri ke balai polis berhampiran sekali sebulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tarikh 27 Februari depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI