fbpx

Selangor tiada kuasa batal notis usir lembu ladang SD Guthrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penternak yang membuat bantahan aman di hadapan Bangunan SUK Selangor, Shah Alam semalam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Notis pengusiran ternakan kepada penternak haiwan di Ladang Sime Darby (SD) Guthrie, Sabak Bernam ditentukan pihak ladang itu dan kerajaan Selangor tiada mempunyai kuasa untuk membatalkanya.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Rizam Ismail berkata, keputusan itu merupakan polisi dalaman oleh SD Guthrie berikutan tanah ladang berkenaan adalah milik syarikat.

“Notis itu mengarahkan penternak memindahkan haiwan ternakan mereka selewat-lewatnya pada 31 Januari ini.

“Polisi berkenaan bukan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seramai 173 penternak lembu buntu memikirkan nasib mereka apabila diarah membawa keluar 4,000 ternakan mereka dari ladang SD Guthrie di seluruh Selangor ini selewat-lewatnya 31 Januari depan.

Susulan itu, mereka membuat bantahan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyerahkan memorandum yang antaranya menuntut campur tangan kerajaan negeri supaya SD Guthrie membatalkan notis tersebut.

Mengulas lanjut, kata Rizam, kerajaan Selangor mencadangkan tiga tapak tanah bagi membolehkan penternak yang menerima notis itu meneruskan aktiviti penternakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI