PETALING JAYA – Seorang guru membuat kejutan dengan membawa pelajar kelasnya bercuti ke sebuah vila di Hulu Langat setelah mereka selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi perkongsian oleh @Zemimazlan di TikTok, seramai 21 pelajar dilihat menikmati pelbagai aktiviti seperti mandi kolam, mengadakan sesi barbeku, memasak bersama dan menonton filem.
Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat tersenyum lebar, menikmati momen-momen terakhir bersama guru dan rakan-rakan sambil merasai kebebasan selepas peperiksaan besar.
“Trip terakhir dengan anak-anak murid selepas SPM 2024 dan sebelum mereka memulakan langkah dewasa nanti. Good luck semua,” tulis @Zemimazlan di ruangan kapsyen.
Hantaran ini telah meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata tumpang gembira melihat keseronokan pelajar-pelajar itu dan memuji inisiatif guru tersebut.
“Seronoknya, sampai classmate (rakan sekelas) aku mintak duit pun liat nak bayar,” ujar @Gguacamoole.
“Best (seronok) je tengok orang boleh pergi healing (bercuti) dengan classmate bagai. Sementara kelas aku, aku tak datang pun tak ada orang perasan,” luah @Ziaafubu.
“Kalau aku jadi cikgu, aku pun nak jadi cikgu macam ni. Seronoknya jadi ‘sporting’, mesti pelajar-pelajar suka,” komen @Luv.yin. – KOSMO! ONLINE
@zemimazlan Last trip with anak anak murid after SPM 2024 dan sebelum mereka memulakan langkah dewasa nanti .. goodluck semua <3 🥰 #fyp #fypシ゚ ♬ Generasiku – AMP