fbpx

Lapan anggota polis IPD Taiping diarah kuarantin kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSMAN MAMAT

TAIPING – Seramai lapan anggota polis pelbagai pangkay di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping diarahkan menjalani perintah kuarantin kendiri di rumah masing-masing susulan seorang tahanan wanita warganegara Thailand positif Covid-19 dalam Ops Noda Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, wanita berusia 31 tahun itu didapati positif selepas ujian swab Covid-19 dijalankan terhadapnya selepas operasi pada pukul 6 petang.

Menurut Osman, susulan itu, Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) menasihatkan semua anggota yang terlibat dalam penangkapan operasi Ops Noda, kawalan lokap dan mahkamah diarahkan untuk menjalani perintah kawalan kendiri di kediaman masing-masing bermula semalam.

“Wanita warga asing itu telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut.

“Selain dari anggota polis, tahanan yang berada di sel tahanan juga turut dilakukan ujian swab dan kuarantin,” katanya pada sidang akhbar di IPD Taiping di sini hari ini.

Sementara itu, Osman turut mengatakan pihaknya akan menambah tiga lagi sekatan jalanraya (SJR) di Taiping dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 22 Januari hingga 4 Febuari depan dan menjadikan jumlah SJR di Taiping sebanyak lima lokasi.

Menurut Osman, pihaknya turut mendapat bantuan anggota daripada berbagai agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  bagi melancarkan lagi operasi SJR.

“Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak awal bulan lalu, sebanyak 365 kompaun telah di keluarkan atas kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan menjadikan jumlah keseluruhan bermula Mac tahun lalu melebihi 1,000 saman,” katanya.

Osman turut menasihatkan orang ramai agar tetap patuh dalam mematuhi SOP sebagaimana yang telah diwartakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI