fbpx

80 kanak-kanak GISBH belum dituntut ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ditemui selepas Sesi Bicara Eksekutif ‘Cabaran Menuju ke Puncak Kepimpinan’ di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga mengesahkan seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) masih belum dituntut ibu bapa mereka.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seramai 475 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seramai lima kanak-kanak telah diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai (OYLS) melalui Seksyen 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sebenarnya kita sudah berhubung dengan ibu bapa untuk mengambil anak-anak itu. Jadi, setakat hari ini, kita ada tinggal enam orang yang perlu tinggal di institusi kita selama tiga tahun atas arahan mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas Program Bicara Eksekutif Siri 1/2025 “Cabaran Menuju Ke Puncak Kepimpinan” di sini hari ini.

Sementara itu, Nancy menyarankan ibu bapa kanak-kanak yang masih belum dituntut supaya datang berbincang dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beri keutamaan kepada anak-anak mereka.

“Sebelum ini memang kita berhubung dengan ibu bapa.

“Ada yang mempunyai minat untuk mengambil, menuntut balik anaknya. Tetapi, atas apa sebab yang kita tak tahu, ada yang tidak jadi ambil. Jadi, beri kerjasama dengan kami dan berikan keutamaan kepada anak kita,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan seramai 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI