fbpx

KL, Selangor dilanda hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat serta angin kencang di beberapa negeri petang ini.

MetMalaysia memaklumkan keadaan ini dijangka melanda beberapa kawasan di pedalaman Pahang serta hampir keseluruhan negeri Johor.

“Hujan juga akan melanda kawasan di pantai barat Semenanjung, terutamanya di bahagian utara dan pedalaman Perak.

“Selain itu, beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut berisiko mengalami cuaca buruk,” katanya.

Di Sarawak, keadaan yang sama diramalkan melanda kawasan di Limbang, Kapit dan Miri serta kawasan pedalaman.

Selain itu di Sabah, hujan berpotensi berlaku di kawasan Sandakan, Tawau, Pedalaman dan juga sekitar Wilayah Persekutuan Labuan.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang.

Orang ramai turut disarankan untuk menangguhkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI