fbpx

RUU Profesion Kerja Sosial dibentang Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (duduk, tengah) bergambar bersama peserta pada Sesi Bicara Eksekutif ‘Cabaran Menuju ke Puncak Kepimpinan’ di Kuala Lumpur hari ini. - Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyasarkan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial dapat dibentang di Parlimen Julai depan.

Beliau berkata, kementeriannya bakal menyerahkan draf RUU tersebut yang sedang dilakukan oleh agensi berkaitan kepada Peguam Negara (AG) Februari nanti.

“Sebelum ini apa yang telah menjadi isu akan dibawa lagi kepada AG supaya dapat disusun atur semula, persoalan timbul lebih kurang sama jadi perlu ditangani dahulu sebab dia merentasi banyak kementerian juga.

“Jadi, kita ada sasaran nak hantar Februari ini mudah-mudahan dapat dibentang di Parlimen bulan Julai sebab ramai yang menanti. Jadi, kita pun perlu memastikan kita menjalankan tugas dengan mengambil kira semua pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di Pogram Bicara Eksekutif Siri 1/2025 “Cabaran Menuju Ke Puncak Kepimpinan” di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan sebelum ini secara prinsip bersetuju dengan cadangan penggubalan RUU itu dan telah mengemukakan draf untuk semakan di peringkat Jabatan Peguam Negara pada Jun 2021.

Ia susulan terdapat beberapa isu teknikal melibatkan RUU berkenaan yang perlu diperhalusi selain pelbagai pihak mahu turut serta dalam RUU berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI