fbpx

Tol percuma secara bersasar – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

DAVOS – Kerajaan sedang memperincikan pendekatan yang lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu sejajar dengan usaha penyelarasan subsidi oleh kerajaan berbanding pemberian tol percuma secara menyeluruh.

“Ada pihak mempersoalkan mengapa tol percuma diberi kepada semua termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.

“Kita perlu teliti supaya rakyat terkesan di peringkat bawah diberikan pertimbangan lain,” katanya pada sidang akhbar penutup sempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini.

Kosmo! Online beberapa hari lalu melaporkan, Tltiada lagi tol percuma sempena musim perayaan kepada pengguna lebuh raya di negara ini bermula tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dipetik berkata, kerajaan telah memutuskan tahun lalu adalah tahun terakhir bagi pemberian tol percuma.

Katanya, keputusan berkenaan yang diputuskan pada mesyuarat kabinet tahun lalu bagaimanapun akan diganti dengan pendekatan yang lebih bersasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI