fbpx

Jurusolek ‘ehem-ehem’ didakwa lakukan persetubuhan luar tabii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang jurusolek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki di dalam salon miliknya, minggu lalu.

Tertuduh, Saril Sarip, 42, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Haderiah Siri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii kepada mangsa yang berusia 18 tahun tanpa kerelaan dengan meletakkan ketakutan kepada mangsa.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 4.15 petang di sebuah premis bernombor di Taman Tasik Utama dalam daerah Melaka Tengah pada 17 Januari 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah juga disebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan RM10,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan melapor diri di Balai Polis Durian Tunggal sekali sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI