fbpx

‘Ramai produk sekolah kerajaan berjaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD Zainal yakin, sekolah kerajaan tetap mampu memberi masa depan buat anak-anak.

PETALING JAYA – Memilih sekolah kerajaan buat anak, pelakon Nad Zainal mengakui institusi tersebut mampu melahirkan pelajar cemerlang yang diperakui sejak dahulu selain menjimatkan kos.

Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 35, percaya didikan dan disiplin awal lebih baik diasuh bermula dari rumah tidak kira sama ada bersekolah kerajaan atau swasta.

“Ramai yang tanya saya, kenapa tak hantar anak sekolah swasta?

“Jawapannya mudah. Jimat dan saya yakin hantarlah mana sekolah pun, didikan dan disiplin awal dari rumah,” katanya dalam aplikasi TikTok.

Dalam masa sama, pelakon drama Cina Buta itu berkata terpulang kepada ibu bapa untuk memilih yang terbaik untuk anak mengikut kemampuan masing-masing.

“Yang penting ikut kemampuan. Ramai saja yang berjaya di luar sana ‘produk’ sekolah kerajaan,” ujarnya.

Rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan Nad berkaitan kehebatan anak-anak yang bersekolah di sekolah kerajaan.

“Kami yang sekolah kerajaan pun banyak masuk universiti dan ada kerja bagus. Buat apa membazir jika ada benda percuma yang berkualiti tinggi,” kata peminat.

“Setuju, yang penting sebagai ibu bapa kena sentiasa bagi sokongan pada anak-anak,” tutur pengikut.

“Angkasawan negara pun hantar anak ke sekolah biasa, elok saja. Semua didikan bermula dari rumah,” jelas peminat lain.

Sebelum ini, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan anak lelaki pada 10 Oktober 2023.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Muhammad Faliq, Nad turut memiliki dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim, 9 dan Budi Kalsom, 5 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI