fbpx

Mara akan bantu adik Merry – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi (dua dari kiri) ketika ditemui Merry di Mentakab malam tadi.

PETALING JAYA – “Tolonglah Dr. keluarga saya tak mampu nak tanggung perbelanjaan universiti saya.”

Demikian luahan pelajar Orang Asli dikenali sebagai Merry kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata, pelajar dari Kuala Rompin itu sanggup menempuh perjalanan hampir tiga jam untuk bertemu dengannya di Mentakab bagi merayu pembiayaan Mara.

Kata beliau, Merry yang merupakan pelajar cemerlang dari perkampungan Orang Asli Batu 8 kini melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Muadzam Shah, Pahang.

“Malam ini (tadi), hati saya benar-benar tersentuh dengan kehadiran Adik Merry, seorang anak kelahiran masyarakat Orang Asli yang datang jauh dari Kuala Rompin bersama pensyarahnya.

“Kebetulan malam ini (tadi) saya di Mentakab, Temerloh dalam program bersama kepimpinan 4 Peringkat UMNO Bahagian Temerloh, Kuala Krau, Maran dan Bentong,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, melihat kegigihan dan tekad Merry, beliau berasakan ia adalah amanah dan tanggungjawabnya untuk membantu serta memastikan pelajar itu diberi peluang untuk berjaya.

Kata beliau, hanya dengan pendidikan dapat mengubah nasih keluarga dan beliau yakin Merry mampu menjadi inspirasi kepada ramai anak muda terutama komuniti Orang Asli.

“Mara akan terus komited dalam memartabatkan agenda pendidikan di luar bandar termasuk dalam kalangan Orang Asli.

“Terima kasih buat kepimpinan UMNO yang terus cakna. Semoga usaha kita bersama dapat membantu lebih ramai insan berbakat seperti Adik Merry,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI