fbpx

‘Jangan sedih Fatima, daddy peluk walau sejenak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah bersama anak tersayang, Fatima.

PETALING JAYA – Kerinduan terubat walau seketika, pelakon Fattah Amin sempat meluangkan masa bersama satu-satunya anak tersayang, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, menasihati anaknya supaya tidak bersedih kerana hatinya tetap akan mendakap permata hatinya itu.

“Fatima, jangan bersedih meski tadi (semalam) daddy memeluk dirimu sejenak sahaja.

“Yang perlu kamu tahu, hati daddy memelukmu selamanya,” katanya dalam hantaran Instagram.

Rata-rata tersentuh dengan hantaran swafoto Fattah bersama Fatima dan berharap kasih sayang mereka kekal sampai bila-bila.

“Fattah, tolong bagi perhatian lebih kepada dia. Dia patut dapat lebih kerana pada usianya, dia terpaksa melalui banyak perkara,” ujar pengikut.

“Sedihnya, bila terpisah dengan seorang ayah. Sabar ya Fatima, Allah tahu mana yang terbaik,” jelas peminat.

“Harapnya hubungan ayah dan anak tidak diputuskan sampai bila-bila. Fatima layak menerima kasih sayang ibu dan ayah sampai jannah,” tutur netizen.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI