fbpx

Piala ACC: TFC hidupkan peluang ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi (kanan) meraikan jaringan penaltinya bersama rakan sepasukan sewaktu TFC menewaskan PSM Makassar 1-0 pada aksi keempat Kumpulan A Piala ACC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) menghidupkan peluang mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) selepas menang tipis terhadap PSM Makassar FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini malam tadi.

Kapten skuad Sang Penyu muncul wira apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64.

Tuan rumah memperoleh penalti setelah percubaan Nurillo Tukhtasinov terkena tangan pemain gantian pelawat, Ananda Raehan Alief di dalam kotak penalti.

Terdahulu TFC bermula garang menggempur gawang PSM Makassar namun beberapa percubaan daripada Ismaheel Akinade, Safawi Rasid dan Tukhtasinov gagal menemui sasaran.

Keghairahan tuan rumah memburu kelebihan awal itu sedikit tersentak apabila pemain pertahanan, Shahrul Nizam Ros Hasni hampir bertampan masuk hantaran silang pemain pertahanan import lawan, Victor Luiz Filho pada minit ke-22.

PSM Makassar yang mula mendapat keyakinan mula menguji kubu skuad Sang Penyu dengan melakukan dua percubaan berbahaya menerusi Ricky Pramata dan Daisuke Sakai pada minit ke-31 dan 34.

TFC memperolehi peluang terbaik untuk mendahului namun dipersiakan Ismaheel pada minit ke-42 walaupun berhadapan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol lawan, Reza Arya Pratama.

Skuad lawan dari Indonesia itu cuba mendapatkan gol penyamaan namun percubaan lencong Victor Luiz Filho berjaya ditepis penjaga gol TFC, Rahadiazli Rahalim pada minit ke-73.

Keputusan tersebut meletakkan skuad Sang Penyu naik ke tangga kedua Kumpulan A walaupun berkongsi tujuh mata dengan PSM Makassar, berbaki satu perlawanan dengan pendahulu, BG Pathum United dari Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI