fbpx

Pekerja, pelanggan bergaduh lempar burger, aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERGADUHAN besar-besaran berlaku di sebuah restoran McDonald's. - Foto Jam Press

AMSTERDAM – Satu pergaduhan besar tercetus di sebuah restoran makanan segera, McDonald’s di Amsterdam, Belanda, lapor laman berita Daily Mirror semalam.

Ia berlaku selepas pekerja restoran itu tersilap mengambil pesanan daripada seorang pelanggan.

Rakaman video dan imej mengenai kejadian kelmarin itu dikongsikan di platform Instagram. 

Klip video itu memaparkan detik seorang pelanggan wanita menendang kaunter restoran dan membaling minuman kepada pekerja tersebut.

Pekerja itu kemudian memutuskan untuk membalas serangan tersebut dengan membaling minuman, kentang goreng, burger serta aiskrim ke arah wanita terbabit. 

Seorang pelanggan lain cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi percubaannya gagal.  

Seorang pekerja kemudian melemparkan minuman ‘milkshake’ yang mengenai kot wanita tersebut.

Lebih ramai individu terlibat apabila seorang pekerja membaling tong sampah ke arah seorang lelaki, manakala seorang lagi dipukul dengan minuman ringan.

Pergaduhan itu terhenti selepas pemegang straw terjatuh, menyebabkan penyedut minuman berselerak di seluruh kaunter dan lantai. 

Tidak dinyatakan sebarang tindakan yang berkemungkinan diambil ke atas semua pihak terlibat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI