fbpx

KDN perluas teknologi AI di semua agensi bermula tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution bercakap pada pemberita selepas Majlis Penutup Sidang Kemuncak AISSE’25 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) di semua agensi dan jabatannya secara berperingkat bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, teknologi AI bukan perkara baharu di KDN berikutan ia telah dilaksanakan terutama di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) , Gelang Patah, Johor.

“Teknologi sama turut dimulakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 awal bulan ini bagi mengatasi kesesakan di pintu masuk. AI cuma alat tapi yang menggerakkan enjin kepada AI adalah minyak (data),” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutup Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25) di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution, agensi di bawah KDN ‘kaya’ dengan pelbagai data termasuk data kependudukan dimiliki Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta data jenayah dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beliau percaya teknologi AI dapat menyelesaikan isu keselamatan serta kawalan sempadan dengan lebih pantas, cekap, selamat dan efektif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI