fbpx

K2

Merembat toman Batang Ai Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toman menyambar gewang permukaan Duo Pencil 130.

Entah siapa yang mula-mula melepaskan ikan toman di sini kerana ia dikatakan bukannya penghuni asal. Ia pertama kali dikesan sekitar tahun 2018 hingga 2019 oleh nelayan tempatan. Semenjak itu, ia menjadi sasaran utama kaki mengilat sehinggalah sekarang.

Santai hujung minggu

Seminggu sebelumnya saya mendapat panggilan daripada seorang rakan yang berasal dari Sri Aman, Sarawak, Faisal.

Menurut Faisal, terdapat banyak toman yang aktif meligan gewang pada trip beliau sebelum ini. Terus trip dirancang.

Pemanduan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari kampung saya untuk ke destinasi.

Kami berdua tiba di jeti Empangan Batang Ai pada pukul 6.15 pagi dan disambut oleh tekong Karl.

Beliau memiliki bot fiber dengan panjang 18 kaki dan selebar 4 kaki. Ia dilengkapi enjin 15 kuasa kuda.

Bot itu sesuai dan selamat untuk tiga orang pemancing termasuk tekong.

Banyak sangkar tilapia merah di sekitar Empangan Batang Ai dan ikan ini boleh dibeli hampir di kesemua pasar basah di seluruh Sarawak.

Bot berprofil panjang sememangnya cukup laju dan sesuai untuk masuk ke lokasi pancingan toman kami kawasan sungai yang sempit.

Kelengkapan pancing

Trip kali ini saya dilengkapi dengan dua set pancing iaitu joran PE1-8 dan PE3-10. Kedua-dua joran ini dilengkapi dengan kekili menegak yang dapat memuatkan tali sulam 40 dan 50 paun (lb) dengan perambut 60 dan 80lb.

Set kiasu seumpama ini terpaksa saya gunakan kerana keadaan lapa­ngan pancing yang amat bereba banat.

Walaupun menggunakan set pancingan berkekuatan tinggi sebegini, kami tetap juga dibuli beberapa kali kerana benaman toman berjaya menyusup ke bangkar-bangkar kayu.

Kawasan dasar empangan ini dipenuhi reba yang padat kerana ia asalnya ialah kawasan hutan yang ditenggelami air apabila empangan dibina pada 1985 dahulu.

Gewang pilihan

Pelbagai jenis gewang selaman cetek, dalam dan permukaan saya bawa untuk kegunaan trip kali ini. Gewang selaman satu ke dua meter (m) banyak saya gunakan, manakala untuk gewang permukaan saya turut gunakan saiz besar hingga 12-13 sentimeter (sm).

Toman yang tergoda dengan lenggokan gewang permukaan milik Faisal.

Trip selama dua hari ini kami berjaya menaikkan beberapa ekor toman lingkungan berat 5 hingga 9kg. Rata-rata toman di sini berwarna ke­­biru-biruan dan pada trip kali ini kami berdua dapat juga menaikkan toman berwarna hitam yang kami gelarkan ‘Blackie’.

Toman dengan nama saintifik­nya, Channa micropeltes ialah

ikan pemangsa buas seleranya dan spesies invasif yang cepat membiak.

Dahulu, sebelum wujudnya ikan toman di empangan ini, banyak ikan tilapia merah yang terlepas dari
sangkar komersial dilihat bermain sekitar jeti serta di kawasan air cetek.

Namun kini, ia cuma wujud di sangkar-sangkar. Mana-mana yang berkeliaran bebas, sudahpun pupus, berkemungkinan besar dibaham toman.

Apapun, dari segi positifnya, ia mewujudkan satu lagi jari­ngan ekonomi dan menjadi punca pendapatan bagi operator bot-bot sewa memancing di samping menjadi satu lagi target utama pemi­nat sukan menggewang di kawasan sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI