JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Aceh, Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup mengemis di jalanan untuk mengumpul duit belanja kahwin, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sipalinggpp memaparkan lelaki bernama Muhajir itu berdiri di tepi sebatang jalan sambil memegang kotak sumbangan.
Kotak yang dibawanya itu bertulis ‘sumbangan ikhlas untuk modal perkahwinan Muhajir’.
Dia tetap teguh berdiri meskipun tidak ramai orang yang mahu membantunya.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Adakah lelaki seperti ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga?” komen seorang netizen. – AGENSI