fbpx

Mayat lelaki dimakan anjing peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor anjing yang ditangkap polis di sebuah kuil, wilayah Nonthaburi, Thailand. - FM91 Trafficpro

BANGKOK – Mayat seorang lelaki ditemukan dengan kesan gigitan dan kehilangan anggota badan, dipercayai dimakan oleh anjing peliharaannya di sebuah tokong di daerah Muang, Thailand, lapor portal berita Bangkok Post semalam.

Menurut polis tempatan, mayat mangsa bernama Phra Bundit Butrasane, 46, ditemukan sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di sebuah bilik. 

“Butrasane ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah. Tangan kanan dan kulitnya hilang, manakala kepala sebelah kanan mempunyai kesan gigitan yang dalam sehingga menampakkan tulang. 

“Mangsa dipercayai mati dua hari sebelum mayatnya ditemukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ou,” kata polis. 

Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila Ou membuka pintu bilik mangsa kerana curiga dengan keberadaannya dan lampu yang masih menyala. 

“Semasa membuka pintu, anjing peliharaan Butrasane berlari keluar dari bilik. Saya percaya haiwan itu telah melukainya sehingga mati kerana ia terlalu agresif,” tambah Ou.

Masih belum jelas sama ada kematian mangsa disebabkan masalah kesihatan atau diserang anjing. 

Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI