fbpx

MotoGP: Honda enggan tangguh bangunkan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONDA tidak mahu menunggu sehingga tahun depan bagi menghasilkan jentera untuk saingan 2027. - HONDA HRC

MADRID – Ketua pasukan Honda, Alberto Puig menegaskan bahawa jenama gergasi itu tidak boleh menunggu hingga 2027 untuk meningkatkan prestasi mereka selepas melalui fasa yang sukar dengan jentera RC213V.

Honda kini sedang melalui salah satu tempoh paling suram dalam sejarah Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) mereka kerana dalam lima tahun terakhir, mereka merekodkan tiga musim tanpa kemenangan.

Lebih mengecewakan, pasukan dari Jepun itu menamatkan musim 2024 di tangga tercorot dalam kategori pengeluar dengan hanya mengutip 75 mata.

Perubahan besar peraturan MotoGP yang akan menyaksikan pengenalan enjin 850cc pada 2027 memberi ruang kepada Honda untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada projek itu bagi memburu kebangkitan.

“Honda tidak boleh tunggu sehingga 2027 untuk membuat perubahan. Sebab itulah kami perlu memikirkan tentang tahun depan dan memberi tumpuan untuk meningkatkan prestasi jentera kami.

“Strategi utama kami sekarang ialah untuk memperbaiki motosikal. Honda mengerah semua sumber yang kami ada, bukan hanya kewangan tetapi juga kepakaran individu.

“Pengambilan pengambilan bekas ketua teknikal Aprilia, Romano Albesiano sebahagian daripada usaha ini untuk mengetuai pembangunan jentera,” kata Puig.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, projek MotoGP dan Formula Satu (F1) Honda telah disatukan di bawah panji HRC (Honda Racing Corporation) dengan mereka sedia memanfaatkan sumber teknologi yang diperoleh daripada F1.

“Memang betul Honda menang dalam Formula 1, tetapi kereta dan motosikal adalah dua perkara yang berbeza. Dalam F1, Honda membekalkan enjin sementara Red Bull membangunkan kereta.

“Di MotoGP, Honda mengendalikan keseluruhan motosikal. Walaupun konsepnya berbeza, kami cuba menghubungkan sumber F1 untuk memperbaiki prestasi MotoGP,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI