fbpx

Buruh didakwa culik, kurung rakan berhutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohd. Sharif (kiri) untuk didakwa atas pertuduhan menculik dan mengurung seorang lelaki di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan mengurung rakan yang dipercayai berhutang dengannya di sebuah rumah di sini tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Sharif Zuki, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Lelaki itu bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menculik mangsa berusia 33 tahun dengan tujuan untuk mengurungnya secara salah.

Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 5 pagi, 14 April 2022 dan Mohd. Sharif didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh. Mahkamah menetapkan 24 Februari ini untuk fakta kes dan jatuh hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI