fbpx

‘Separuh jiwa saya hilang selepas Sajidah, Fatimah pergi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruziah (kanan) disantuni Azman di Kampung Bukiy Apit, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Walaupun sudah dua bulan berlalu, peristiwa tanah runtuh meragut dua anak perempuan secara serentak masih menghantui fikiran Ruziah Fuad, 47.

Ibu tunggal itu berkata, sehingga hari ini dia masih tidak mempunyai kekuatan untuk berniaga pisang goreng dan mengambil tempahan kuih-muih yang menjadi mata pencarian utama keluarganya.

“Separuh jiwa saya bagaikan hilang berikutan pemergian mengejut Puteri Sajidah Azman dan Siti Fatimah dan kejadian tanah runtuh pada 29 November tahun lalu.

“Sebelum ini mereka berdualah banyak membantu saya terutama sewaktu mengendalikan gerai pisang goreng di Kampung Bukit Perah di sini,” katanya ketika disantuni Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin di rumahnya di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini hari ini.

Ruziah berkata, sudah menjadi rutin dia akan menziarah kubur Puteri Sajidah dan Siti Fatimah yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panggong di sini setiap hari.

Dia turut menziarahi pusara arwah suaminya, Azman Ab. Latib yang meninggal dunia akibat pendarahan otak pada tahun 2019 yang terletak berhampiran.

Kosmo! 1 Disember lalu melaporkan Puteri Sajidah, 16, dan Siti Fatimah, 14, ditemui mati akibat tertimbus dalam rumah mereka yang dihempap runtuhan tanah di Kampung Bukit Ajil di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI