fbpx

Mangsa aktiviti bitcoin hadapi tuntutan bil elektrik RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang hadir pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng di Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang pemilik premis perniagaan di Panorama Perdana di sini resah kerana perlu menganggung tuntutan bayaran elektrik berjumlah RM1.2 juga kerana lot kedainya digunakan oleh penyewa untuk melakukan aktiviti bitcoin secara haram dalam tempoh antara Julai hingga Ogos tahun lalu.

Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Yuan, 43, menyewakan lot atas premis perniagaan dua tingkatnya kepada seorang lelaki pada kadar sewa RM700 sebulan.

“Dia menyewa dengan alasan ingin meletakkan barangan stok perniagaannya dan saya tidak mengesyaki apa-apa kerana asalkan mendapat duit sewaan semata-mata.

“Bagaimanapun, saya hairan kerana ada beberapa individu membawa wayar penyambung bekalan elektrik bersaiz besar di premis sewaannya namun kerana kesibukan menguruskan perniagaan salun rambut, perkara itu tidak diambil dengan serius,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng di sini hari ini.

Yuan antara 60 pemilik rumah dan lot perniagaan sekitar Gopeng, Simpang Pulai dan Lumut yang menjadi mangsa tuntutan bil berjumlah RM30,000 hingga RM1.2 juta kerana penyewa melakukan aktiviti bitcoin dengan melakukan penyambungan elektrik secara haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI