fbpx

Prestasi di Kuskop tentukan kedudukan saya – Ewon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon (dua dari kiri) bersama Timbalannya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan melihat pelan perancangan strategik 2025 pada Majlis Amanat Menteri Tahun 2025 di Dewan Tun Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick memaklumkan prestasinya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bakal menentukan kedudukannya sebagai Ketua Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata, kedudukannya di dalam PH Sabah yang dipersoalkan segelintir pihak akan ditentukan berdasarkan pencapaian dan kerja kerasnya menjalankan tanggungjawab di kementerian itu.

“Biar saya fokus tanggungjawab kementerian saya buat masa ini.

“Pencapaian, kerja keras dan kerja berpasukan saya di sini sepatutnya menentukan kedudukan saya di mana-mana pun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Kuskop Tahun 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukannya sebagai Pengerusi PH Sabah yang bakal ditentukan Majlis Presiden.

Terdahulu, pada 1 Disember lalu Ewon menewaskan Christina Liew dari PKR, yang memegang jawatan pengerusi PH Sabah sejak 2017 dengan tiga undi.

Bagaimanapun, PKR Sabah tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan mendakwa jawatan itu sepatutnya milik parti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI