fbpx

OPR kekal tiga peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Negara Malaysia

PETALING JAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus.

Menerusi Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini, BNM berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan adalah konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan.

“Ekonomi global mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada tahun 2024, mencerminkan pertumbuhan sebenar yang lebih baik di ekonomi-ekonomi utama dan perdagangan global yang lebih kukuh.

“Untuk tahun 2025, ekonomi global dijangka mampan dengan keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

“Bagi ekonomi Malaysia, pertumbuhan keseluruhan bagi tahun 2024 berada pada kadar yang dijangkakan. Pada masa hadapan, kekukuhan kegiatan ekonomi dijangka berterusan pada tahun 2025, didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan,” katanya.

Mesyuarat MPC BNM seterusnya dijadualkan pada 6 Mac. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI