fbpx

Durian Runtuh buat Liek Hou, Ziyad, Bonnie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEK HOU (kiri) dan Ziyad menikmati potongan harga 50 dan 30 peratus daripada Chery Malaysia atas kejayaan pada Paralimpik Paris 2024.

SHAH ALAM – Tiga jaguh Paralimpik negara, Cheah Liek Hou, Muhammad Ziyad Zolkefli, dan Bonnie Bunyau Gustin menerima penghargaan istimewa berupa potongan harga eksklusif kenderaan daripada Chery Malaysia dalam satu majlis di Pusat Pameran Chery Glenmarie, Shah Alam, petang tadi.

Ganjaran tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif khas Chery Malaysia untuk meraikan kejayaan atlet Paralimpik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Antara penerima manfaat utama ialah juara badminton Paralimpik, Liek Hou yang membawa pulang kenderaan elektrik OMODA E5 selepas menikmati potongan sebanyak 50 peratus.

“Saya dapat rasai 50 peratus potongan daripada Chery Malaysia, jadi saya pun telah beli sebuah kenderaan elektrik, iaitu OMODA E5. Kereta elektrik adalah impian saya sebab sekarang jika lihat, ramai juga yang dah pakai kereta elektrik. Jadi, Chery dah bantu saya untuk memiliki kereta elektrik pertama, mengurangkan beban saya untuk mendapatkan kereta idaman,” katanya.

Bagi Ziyad yang merupakan pemenang pingat perak acara lontar peluru Paralimpik, ganjaran potongan 30 peratus untuk pembelian OMODA 5 juga menjadi detik manis buat dirinya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana bukan mudah mendapatkan diskaun untuk sesebuah kereta. Jadi, bila dah dapat 30 peratus potongan, saya menyahut panggilan itu untuk beli satu sebagai kegunaan harian. Ia sesuatu yang tidak dijangka,” katanya.

Sementara itu, pemegang rekod dunia acara powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin turut menempah SUV TIGGO 8 PRO selepas menerima potongan sebanyak 50 peratus.

Dalam majlis itu, Chery Malaysia mengumumkan struktur potongan khas mereka, iaitu atlet emas Paralimpik menerima potongan 50 peratus, manakala penerima pingat perak serta atlet yang mara ke peringkat separuh akhir dan akhir menikmati potongan 30 peratus.

Manakala semua atlet yang layak ke Sukan Paralimpik dan Olimpik Paris 2024 diberikan potongan 15 peratus untuk model SUV terpilih seperti TIGGO 8 PRO dan OMODA E5. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI