fbpx

Umar sudah tiada, ‘pergi’ selepas 4 bulan koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Umar Rais meninggal dunia kira-kira pukul 12.11 tengah hari tadi.

ALOR SETAR – Kanak-kanak berusia empat tahun yang koma sejak lebih empat bulan lalu akibat lemas dijemput Ilahi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Menurut Nurul Izzati Barni, 30, ibu kepada Che Umar Rais Che Fairollah, anak kesayangannya itu meninggal dunia kira-kira pukul 12.11 tengah hari tadi.

“Kesihatan Umar merosot kira-kira pukul 11 pagi apabila jantungnya jadi lemah. Doktor melakukan pelbagai cara untuk memulihkan Umar, namun Allah SWT lebih sayangkan dia.

“Jantungnya terhenti pada pukul 12.11 tengah hari. Saya tergamam namun reda andai inilah ketentuan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anak bongsunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sejak koma akibat lemas setelah terjatuh di dalam kolam orang dewasa di sebuah inap desa, dekat sini empat bulan lepas.

Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di kampungnya di Tebengau, Kuala Kedah hari ini setelah urusan bedah siasat selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI