ALOR SETAR – Tiga lagi hospital di negeri ini dijadikan pusat rawatan dan kuarantin bagi menampung pertambahan pesakit Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Osman berkata, hospital tersebut adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang serta Hospital Kulim.
“Sebelum ini kita hanya ada satu hospital yang menempatkan pesakit Covid-19 iaitu Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun bermula minggu ini kita telah menempatkan pesakit di ketiga-tiga hospital itu juga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Menurut Mohd. Hayati, maklumat diterimanya menyatakan kapasiti wad pesakit Covid-19 di HSB kini pada tahap 72 peratus penuh manakala Unit Rawatan Rawatan Rapi (ICU) 89 peratus. – K! ONLINE