fbpx

‘Rela menduda daripada sakiti hati pasangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNAH gagal dalam perkahwinan, Nazim pilih menikmati hidup tanpa pasangan.

PETALING JAYA – Gagal dalam perkahwinan membuatkan pelakon Nazim Othman berasa berat untuk mendirikan rumah tangga lagi kerana enggan menyakiti hati wanita.

Ini kerana Nazim atau nama lengkapnya Nushrul Alif Othman, 41, menganggap dirinya tidak sempurna selepas berpengalaman menjadi suami kepada pelakon Bella Dally selama dua tahun.

“Adakah saya akan berkahwin lagi? Tidak! Sebagai seorang lelaki yang tak sempurna, saya belajar daripada pengalaman.

“Bukan sahaja melalui kisah sendiri tetapi daripada hubungan pasangan lain juga.

“Saya lebih rela terus menduda daripada menyakiti hati pasangan,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Bagaimanapun, pelakon drama Wanita Syurga itu lega apabila bekas isterinya bertemu jodoh yang tepat sebagai pendamping hidup.

“Realitinya, saya gagal sebagai seorang suami.

“Saya benar-benar bersyukur kerana tuhan menemukan dia (Bella) dengan lelaki tepat sebagai suami,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Nazim mendirikan rumah tangga dengan pemilik nama sebenar Nabilah Ali Dally pada 10 September 2016 namun perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 2 Mei 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI