fbpx

Dakwaan mendiang Dr. Tay ditindas, dizalimi di tempat kerja tidak berbangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Dr. Tay Tien Yaa

PUTRAJAYA – Pasukan petugas khas bebas yang menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah pada Ogos tahun lalu mendedahkan bahawa dakwaan mendiang Dr. Tay Tien Yaa ditindas dan dizalimi di tempat kerja adalah tidak berbangkit.

Tan Sri Borhan Dollah yang mempengerusikan pasukan itu berkata, berdasarkan hasil dapatan daripada empat isu yang dibangkitkan sebelum ini mendapati mendiang dan ketua jabatan terbabit bekerjasama dengan baik sebagai satu pasukan.

“Dan apa kita rumuskan seperti yang dikatakan selama ini bahawa mendiang Dr. Tay ditindas, dizalimi dan juga dibuli oleh ketua jabatannya tidak berbangkit.

“Malah kalau kita lihat daripada segi dapatan hasil kerja itu, mereka bekerja sebagai satu pasukan yang baik, sentiasa berhubungan dan saling membantu dalam urusan kerja masing-masing,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Kesihatan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pakar di hospital Lahad Datu ditemukan mati di kediamannya pada 29 Ogos lepas, dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden buli di tempat kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI