fbpx

Lelaki berang wanita bawa bekas isteri keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Tawau menahan seorang lelaki yang bertindak mengugut menetak seorang wanita ekoran membawa bekas isterinya keluar tanpa kebenaran. Foto Ihsan Polis

TAWAU – Seorang lelaki ditahan selepas mengugut mahu menetak seorang wanita kerana membawa bekas isterinya keluar tanpa kebenarannya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa wanita berusia 31 tahun yang menerima ancaman daripada suspek berusia 36 tahun Jumaat lalu.

“Dalam panggilan itu, suspek menyatakan niat untuk menetak mangsa dan rakan mangsa. Mangsa yang berasa terancam segera membuat laporan polis di Balai Polis Tawau pukul 10.31 malam pada hari sama.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menahan suspek di kawasan gerai makanan Sabindo, jam 4.20 petang tadi,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, polis turut merampas telefon bimbit milik suspek yang digunakan ketika kejadian.

“Hasil semakan rekod, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI