fbpx

Doktor guna gelaran Datuk Seri palsu disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Polis sedang menyiasat seorang doktor dipercayai menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan berkata, pihaknya mengesan teks hantaran berkenaan isu itu di media sosial semalam.

“Susulan itu, kita membuka satu kertas siasatan terhadap individu bergelar doktor dan Datuk Seri.

“Doktor itu dikatakan memberikan rawatan ayurveda di Bandar Puchong Jaya, Puchong tanpa sebarang lesen dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan jabatan berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan dengan Anugerah 2017 atas kesalahan menggunakan anugerah tidak diiktiraf.

“Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) turut menyerbu premis tersebut semalam dan mengesahkan tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan perkhidmatan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan,” ujarnya.

Ekoran itu, tindakan notis dan sitaan telah dibuat oleh pihak MBSJ.

“Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI