fbpx

[VIDEO] Tolak ‘stroller’ pukul 3 pagi, anak autisme nak makan roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang ibu menolak 'stroller' anaknya yang juga autisme untuk membeli roti pukul 3 pagi.

PETALING JAYA – Seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya yang juga autisme sekitar pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti.

Menerusi video dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Najmi pada TikTok @nxjmxe, pekerja p-hailing untuk terjumpa wanita tersebut bersama anaknya ketika melalui jalan raya di Kuang, Selangor.

“Pukul 3 pagi akak ni menolak anak. ‘Gua’ (saya) mana boleh, ‘gua’ memang jahat tapi gua hati baik (nada berjenaka). Jauh wei,” katanya pada video tersebut.

Najmi memaklumkan, wanita itu telah mencari roti kegemaran anaknya di sebuah kedai runcit, namun tidak tiada perisa yang diinginkan.

“Dah sampai kedai roti anak nak, tak ada. ‘Gua’ apa lagi ‘start’ motor pergi cari roti kat 7E. Kasihan akak ni, semoga dipermudah segala urusan akak.

“Lepas aku kasi roti, dia menolak anak dia sampai rumah. Dia tak ada kereta. Katanya kalau anak dia tak boleh tidur, memang dia akan tolak anak dia cari roti tu,” katanya menjawab pertanyaan orang ramai.

Perkongsiaan itu mendapat pelbagai maklum balas terutama ibu bapa yang mempunyai anak autisme apabila mereka turut berkongsi ragam anak masing-masing.

“Macam anak autisme saya, hanya makan roti jagung Gardenia sahaja. Kalau terputus bekalan, mencari-cari sana sini roti. Tak dapat mengamuk, faham sangat situasi akak ni,” kata seorang ibu.

“Anak saya pun autisme juga. Dia orang akan makan benda sama sahaja, tapi kita mak ayah kena usaha ajar dia orang makan macam-macam biar normal dia punya pemakanan macam budak biasa. Kena banyak sabar ajar dia orang ni,” komen seorang bapa. – KOSMO! ONLINE

@nxjmxe Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage ♬ original sound – nxjmxe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI