fbpx

Usahawan desa perlu kuasai platform digital, kembangkan potensi produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyampaikan geran perniagaan bernilai RM1 juta kepada Pengiran Muhammad 'Adil Awang Iskanderdzulkarnein (empat kanan) pada Majlis Anugerah Pemenang RBC 2.0 Tahun 2024 di Hotel Marriot, Putrajaya semalam. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Usahawan desa disaran menguasai pelbagai platform digital bagi mengembangkan potensi pasaran produk masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam dunia perniagaan yang pantas berubah, usahawan desa tidak boleh sekadar bertahan tetapi perlu berani berkembang dan mendahului pasaran.

Katanya, usahawan desa mesti aktif di TikTok, Instagram, Facebook dan platform e-dagang untuk terus bersaing di pasaran.

“Ia boleh diperkasakan lagi dengan penggunaan iklan digital dan automasi kecerdasan buatan (AI) yang mampu meningkatkan capaian pasaran dengan kos yang lebih rendah,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 2024, di sini semalam.

Katanya, usahawan desa juga perlu meningkatkan kemahiran dan ilmu perniagaan dan mencari mentor sesuai bagi akses kepada pengalaman lebih luas selain disaran membangunkan kerjasama strategik serta tidak boleh bergerak sendirian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI