fbpx

Kebakaran resort ski Turkiye, angka korban meningkat kepada 76

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota bomba berusaha memadamkan api yang marak di Hotel Grand Kartal. - Getty Images

ANKARA – Sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam kebakaran sebuah hotel dan resort ski di barat laut Turkiye, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kebakaran bermula sekitar pukul 3.27 pagi (waktu tempatan) di restoran tingkat 11 Hotel Grand Kartal di resort ski Kartalkaya. 

Sebilangan tetamu yang panik cuba turun daripada bangunan menggunakan selimut dan cadar sebagai tali. 

Menurut Gabenor Bolu, Abdulaziz Aydin, dua mangsa meninggal dunia selepas terjun dari tingkap bangunan untuk menyelamatkan diri. 

“Ketika kejadian, seramai 238 tetamu menginap di hotel tersebut,” katanya. 

Menteri Kesihatan, Kemal Memisoglu berkata, seorang mangsa mengalami cedera parah, manakala 17 yang lain telah dirawat dan dibenarkan keluar.

Beberapa saksi mendakwa bahawa sistem pengesan kebakaran hotel itu gagal berfungsi semasa kejadian.

Menteri Kehakiman, Yilmaz Tunc berkata, enam pendakwa raya dikerahkan untuk menyiasat punca kebakaran.

Pihak berkuasa turut menahan empat suspek termasuk pemilik hotel.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan hari berkabung pada Rabu (hari ini) bagi memperingati korban bencana itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI