PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda Sarawak sehingga esok.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, serta laman media sosial jabatan tersebut. – KOSMO! ONLINE