PETALING JAYA – “Assalamualaikum, Apit ayah pinjam RM50 dulu boleh?”
Itu soalan yang diutarakan oleh seorang ayah yang berhasrat untuk meminjam wang daripada anaknya sehingga mengundang perasaan sebak orang ramai.
Tangkap layar perbualan lelaki itu dikongsikan Hafiq Aidil, dipercayai merupakan anak bongsunya di media sosial.
“Janganlah pinjam, ayah. Ambil saja. Anak bongsu ayah dah besar dah,” tulisnya ringkas.
Hantarannya itu meraih pelbagai respons orang ramai, malah ada dalam kalangan mereka turut berkongsi pengalaman serupa yang lebih menyedihkan.
“Ya Allah, bertambah mengalir airmataku. Arwah abah pernah nak pinjam duit RM100, tapi aku tak sempat masukkan duit dalam bank. Esok tu arwah abah meninggal. Ya Allah, aku sangat terkilan. Lalu pulak video ni. Meraung,” kongsi @Reny Suhaira.
“Titik terendah sebagai seorang anak abah pinjam duit, rasa bersalah tak dapat memenuhi kehidupan mereka,” ujar @syam.
“Tak boleh betul bila ibu bapa sampai nak meminjam kita. Rasa macam kita gagal jadi anak yang baik. Dia orang membesarkan kita tak ada seringgit pun cakap itu cuma pinjaman,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE