fbpx

Wanita, teman lelaki dera kanak-kanak hingga maut dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang wanita dan teman lelakinya yang ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia bakal dituduh di mahkamah, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pertuduhan terhadap kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Ampang di sini, pada pukul 10 pagi.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan pasangan terbabit yang disyaki mendera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang, 10 Januari lalu.

Mohd. Azam dilaporkan berkata, ibu kandung mangsa berusia 25 tahun menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, memberitahu kanak-kanak itu yang sedang tidur didapati tidak sedarkan diri pada pukul 2.36 petang.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat kanak-kanak itu.

Sebelum ini, media melaporkan, kanak-kanak terbabit dibiar demam tanpa rawatan sehingga sawan selain dipukul dengan rotan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI